Monday, 2 February 2015

Kepentingan Bioteknologi dalam Pertanian



1. Meningkatkan hasil
  • meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil tanaman dan ternakan
  • penghasilan haiwan transgenik secara penyuntikan gen hormon tumbesar
  • menyebabkan saiz badan dan kadar tumbesar meningkat
  • kualiti hasil seperti mutu daging dan serat daging ditingkatkan
  • mengubahsuai kandungan protein dalam susu


2. Menambahkan nilai pemakanan
  •  meningkatkan kandungan protein dan vitamin dalam produk pertanian secara
  • kaedah kejuruteraan genetik– meningkatkan kandungan vitamin E dalam minyak kelapa sawit, jagung dan kacang soya
  •  meningkatkan vitamin A dalam padi
  •  nilai diet manusia bertambah baik dan manusia menjadi lebih sihat dan dapat mengurangkan serangan penyakit


3. Membaiki ciri fizikal hasil pertanian
  • membaiki ciri fizikal seperti saiz, tekstur, warna dan rasa
  •  menggunakan kaedah kejuruteraan genetik
  •  contoh – penghasilan varieti orkid yang mempunyai warna lebih menarik dan tangkai bunga yang pendek


4. Meningkatkan resistan terhadap serangan perosak dan penyakit
  • hasil tanaman atau ternakan yang resistan patogen
  •  penghasilan tanaman yang resistan serangan serangga melalui pemindahan gen bakteria Bacillus thuringiensis (Bt)
  •  contohnya tanaman yang menerima gen Bt ialah Kapas Bt dan Jagung Bt

Produk pertanian dan sifat toleran tertentu:

Produk Sifat
Jagung Resistan serangan pengorek batang
Betik Resistan virus bintik berpusar
Ubi kentang Resistan virus daun kerinting
Tomato Melambatkan buah rosak


5. Meningkatkan toleran tanaman dan ternakan terhadap persekitaran
  • faktor persekitaran seperti kemasinan tanah, perubahan suhu dan cuaca
  •  boleh merencatkan pertumbuhan tanaman
  •  atasi dengan menghasilkan tanaman transgenik

6. Mengawal penyakit
  •  aplikasi bioteknologi menghasilkan vaksin dan antibiotik
  •  mengawal penyakit yang disebabkan oleh kulat, virus atau bakteria


7. Mengurangkan penggunaan bahan kimia pertanian
  • penggunaan pestisid dan baja kimia mencemarkan alam sekitar
  •  bioteknologi menghasilkan :
  •  tanaman transgenik yang resistan penyakit – dapat kurangkan penggunaan pestisid
  •  tanaman kekacang mengikat nitrogen dari atmosfera – dapat jimat guna baja N
  •  vaksin untuk cegah penyakit ternakan



0 comments:

Post a Comment