(Sumber : Google Image )
Kawalan biologi ialah menggunakan pemangsa untuk mengawal serangga perosak.Kawalan biologi juga mempunyai kelebihan berbanding dengan penggunaan racun kimia.Kawalan biologi lebih luas penggunaannya dalam pertanian.
Dapat mengatasi Pencemaran
- Dengan kawalan biologi, pencemaran alam dapat diatasi.
- Penggunaan racun serangga perosak akan menyebabkan pencemaran alam.
- Bakteria yang berfaedah akan terbunuh.
- Hal ini menyebabkan pencemaran alam.
- Racun kimia akan mencemari sumber air dan tanah.
- Akibatnya mengancam kelestarian hidup alam sekitar.
- Kawalan biologi tidak melibatkan bahan kimia.
- Hal ini menyebabkan alam sekitar terpelihara.
Kesihatan manusia dan haiwan terpelihara
- Dengan penggunaan kawalan biologi, kesihatan manusia dan haiwan terjamin.
- Sayur-sayuran yang yang tercemar oleh racun serangga perosak berbahaya jika dimakan.
- Sisa bahan kimia ini akan menyebabkan penyakit barah.
- Racun kimia juga menjejaskan pembiakan haiwan.
- Bahan kimia juga mengurangkan kesuburan pembiakan haiwan.
- Serangga pemangsa dan parasit tidak menimbulkan kesan sedemikian.
Kawalan biologi tidak menyebabkan serangga perosak berdaya tahan
- Kawalan biologi tidak menyebabkan evolusi genetik serangga dan haiwan perosak.
- Penggunaan racun serangga perosak akan menyebabkan serangga perosak yang berdaya tahan.
- Serangga perosak akan lali terhadap kimia yang digunakan.
- Rintangan terhadap racun serangga perosak meningkat akibat evolusi genetik.
- Pengusaha terpaksa menambah dos racun.
- Akibatnya penggunaan racun serangga perosak mahal dan tidak menguntungkan.
- Kawalan biologi tidak akan mendatangkan kesan sedemikian.
Tidak menjejaskan Keseimbangan Alam
- Taburan dan bilangan serangga saling mempengaruhi.
- Penggunaan racun serangga perosak menjejaskan habitat semula jadi haiwan.
- Hal ini menyebabkan kematian haiwan dan mikroorganisma.
- Keseimbangan rantaian makanan akan terjejas.
- Semua masalah ini tidak timbul jika kawalan biologi digunakan.
- Hal ini sedemikian kerana bilangan pemangsa bergantung pada perubahan bilangan serangga perosak.

Kesimpulannya, kaedah kawalan biologi lebih baik daripada penggunaan racun kimia.
Oleh itu penggunaan kawalan biologi harus digalakkan kerana tidak mengancam alam sekitar.
0 comments:
Post a Comment