Saturday, 17 January 2015

Hidroponik



Hidroponik (berasal daripada perkataan Greek,hydro iaitu air dan ponos iaitu bekerja) adalah kaedah bercucuk tanam dengan meletakkan akar pohon ke dalam air baja (nutrien) tanpa mengunakan tanah. Kaedah ini menggunakan bahan seperti bulu mineral, sabut kelapa, pasir, batu bata pecah, habuk kayu dan lain-lain menggantikan tanah.


Penanaman secara hidroponik dilakukan oleh individu sebagai hobi dan juga secara besar-besaran untuk tujuan komersil. Di negara Singapura misalnya, oleh kerana kekurangan tanah, bumbung-bumbung bangunan dijadikan tempat untuk menanam sayur-sayuran seperti bak choy, sawi,kailan dan bayam di mana semuanya menggunakan kaedah hidroponik. Begitu juga, untuk penerokaan angkasa lepas, angkasawan boleh bercucuk tanam sayur-sayuran di dalam kapal angkasa. Kaedah yang sama digunakan oleh tentera di atas kapal perang, maupun kapal selam. Dengan cara ini mereka tidak perlu membawa bekalan makanan yang banyak, hanya sekadar membawa benih-benih sayur-sayuran dan boleh ditanam semasa dalam perjalanan.


Kelebihan
  • Tidak memerlukan tanah sebagai media tanaman.
  • Akar pokok boleh dipantau dengan cara mengangkat pasu dan melihat akarnya.
  • Pembaziran baja tidak berlaku; kerana air baja sentiasa dikitar semula.
  • Tidak perlu menyiram baja setiap hari.
  • Hasil tanaman boleh di makan keseluruhannya, sebab akarnya bebas dari kotoran dan penyakit.
  • Penyakit pokok tanaman dapat dikurangkan kerana banyak penyakit akar/pokok berpunca dari kandungan tanah.
  • Pengusaha secara komersial tidak memerlukan tenaga pekerja utk tugasan menyiram.

Kelemahan
  • Tanaman boleh mati dengan cepat jika sistemnya gagal.
  • Hidroponik lebih rumit daripada menanam menggunakan tanah.
  • Tumbuhan yang ditanam secara hidroponik selalunya lebih mahal daripada yang ditanam biasa.


KAEDAH HIDROPONIK Sistem Pengaliran Nutrien Kaedah Hidroponik memerlukan perbelanjaan agak rendah jika dibandingkan dengan kaedah biasa bagi mendapatkan alat-alat seperti berikut:

  • Pam air untuk akuarium.
  • Tempat tanaman (diperbnat daripada paip PVC, dulang plastik dan bahan-bahan lain seperti kayu, papan lapis, tin besi, yang perlu dialas dengan kepingan plastik yang tebal).
  • Tangki untuk larutan nutrien.
  • Tenaga elektrik. 
  • Pasu bunga kecil ( Jika perlu )



Sistem Takung Bagi Sistem Takung punca peralatan berikut adalah diperlukan:
  •  Takung tanaman.
  •  Penutup (diperbuat daripada polisterin, plastik).
  •  Pasu plastik kecil (jika perlu). 



Kaedah Penanaman


Kedua-dua sistem penanaman di atas boleh menggunakan kaedah penanaman seperti berikut:


Cara mengubah :


1. Semai biji benih menggunakan pasir kasar atau sabut kelapa halus Keluarkan anak benih (bersihkan akar anak benih)


2. Pindahkan anak benih ke tempat tanaman (Letakkan 1-2 pokok benih untuk satu lubang tanaman.


3. Takung tanaman hannya mengandungi air sahaja.)


4. Selepas dua hari baja separuh kepekatan dilarutkan untuk menyokong pokok


5. Selepas tujuh hari, masukkan baki baja supaya larutan nutrien mencapai kepekatan penuh






Cara Semaian Terus


1. Sumbatkan benang basah dan tarik untuk buat sumbu


2. Masukkan dalam lubang tempat tanaman yang mengandungi air


3. Semaikan 2-3 biji benih atas benang basah


4. Selepas 7-10 hari, masukkan baja (kepekatan penuh) dalam air





Lampiran





          
sumber : google image )







( sumber : google image )









( sumber : google image )

0 comments:

Post a Comment